25 Januari 2009

Track kembara

Assalamualaikum. kali ni saya nak berkongsi pengalaman untuk membuat track kembara. Sebelum pelajar2 ni nak habis MSR, ada satu hari yang diperuntukkan untuk kembara. Maka ajk kembara akan mencari laluan yang sesuai serta membuat tanda sepanjang perjalanan itu nanti.
yang menariknya kali ini adalah dapat mendengar bunyi kijang. Tak sangka betul. kata yus bunyi kijang tu macam dah dekat. Ingatkan kijang tu dah terkena jerat. kami cuba jugak nak tengok. kot2 dapat la lihat kijang liar tu. tapi sayang betul, bila dengar lagi sekali kijang tu sudah lari.
Dan semasa hari jadinya kembara tu, depa kata ade dengar bunyinya. dan semasa menbuat laluan kembara tu memang ada nampak bekas tapak kaki kijang. kira besar juga tapak kakinya dan difahamkan itu memang laluan kijang sebab ada bekas tapak kaki baru dan lama.
Diatas bukit tu juga kita dapat melihat tinggalan komunis. 'Bunker lama', ia macam parit untuk laluan berjalan. Itu yang diberi tahu. Ntah la tapi nampak macam betul je sebab semasa nak penghabisan bukit tu memang ada lagi laluan tu. yang best nya..tempat pacat beranak pinak. Sekali tengok, tu dia..., banyak betul menjulur je badannya. Berhenti sekejap berduyun pacat panjat kaki. berjalur coklat badannya. Memang besar.

Pic 1
Baru nak mula naik bukit. nie zack dan aie.








Pic 2
Nasir dok tengah buat penanda laluan. Ikat dengan talirapia je. kiri kanan tu bodyguard nasir kot.








Pic 3
Aie dan yus dok berdiri tepi 'bunker lama' lihat.. siap simen tepi kiri dan kanan dinding laluannya yang dipecahkan pecah 2 laluan.










Pic 4
Ini secara close up. Tengok pecah kepada 2 laluan. dalam jugak kan.








Pic 5
Tengok pokok tu macam mengadap ke kiblat je. membongkok je pokok tu dan pastu naik menegak. depan tu semua ajk kembara.








Pic 6
On the Way nak turun. Dah penat naik dan sekarang turun bukit pulak. beratur panjang tu nak turun.








Pic 7
ha... belakang 4 orang kat atas tu la yang paling banyak pacat dlm laluan ke bunker lama tu. besar2 pacatnya.







Pic 8
Akhirnya selamat tiba. Sekarang ni tengah kira berapa banyak dan besar pacat yang melekat kat anggota badan. Aku nasib baik tak ade pacat mengigit. pastu makan tengahari la. lepas mkn kena tukar baju da... kotor dan basah seluar dan baju.

0 Comments: