19 Ogos 2009

Jom minum Jus jambu sambil buat duit.

Jom minum sambil buat Duit.

Bagaimana? Layari http://www.sunrise-guava.com

Sungguh Mudah..

07 Mac 2009

Pc Rosak

Assalamualaikum..
Hmm.. lama tak update. Kena pula PC rosak. Ntah apa kenanya pun tak tau la. Asyik restart je sampai nak guna User pun tak bole. Dah Masuk 4 Minggu Pc rosak. Nie pun nordin kasi guna Pc dia dulu.. Siap kata kasi dok meja dia guna Pc sebulan. heehe.
apa pun terima kasih lah nordin. Andaikata ko tak kasi guna Pc jawabnya tak siap WIM thp 3 tu.
TMS dah siap, WIM utk Pattern dah siap. Jadi sekarang nak focus tuk PKM. PKM? Apa tu.. heheh. Pertandingan Kemahiran Malaysia. Sekarang ni tgh dok pilih Budak mana yang berminat dan sesuai. 12 bulan 3 ni nak submit nama. Heheheh.. kelam kabut juga nih. Time is Running out.
Budak Sem satu kena Hold lagilah tuk siapkan Pattern Star warsher tu. Kena siapkan juga minggu depan nih. Tak pe.. rasa bole siap next week. Tapi aduhhhh bila nak siap PC aku da..... Banyak benda nak kena buat nih...!!!!

25 Januari 2009

Track kembara

Assalamualaikum. kali ni saya nak berkongsi pengalaman untuk membuat track kembara. Sebelum pelajar2 ni nak habis MSR, ada satu hari yang diperuntukkan untuk kembara. Maka ajk kembara akan mencari laluan yang sesuai serta membuat tanda sepanjang perjalanan itu nanti.
yang menariknya kali ini adalah dapat mendengar bunyi kijang. Tak sangka betul. kata yus bunyi kijang tu macam dah dekat. Ingatkan kijang tu dah terkena jerat. kami cuba jugak nak tengok. kot2 dapat la lihat kijang liar tu. tapi sayang betul, bila dengar lagi sekali kijang tu sudah lari.
Dan semasa hari jadinya kembara tu, depa kata ade dengar bunyinya. dan semasa menbuat laluan kembara tu memang ada nampak bekas tapak kaki kijang. kira besar juga tapak kakinya dan difahamkan itu memang laluan kijang sebab ada bekas tapak kaki baru dan lama.
Diatas bukit tu juga kita dapat melihat tinggalan komunis. 'Bunker lama', ia macam parit untuk laluan berjalan. Itu yang diberi tahu. Ntah la tapi nampak macam betul je sebab semasa nak penghabisan bukit tu memang ada lagi laluan tu. yang best nya..tempat pacat beranak pinak. Sekali tengok, tu dia..., banyak betul menjulur je badannya. Berhenti sekejap berduyun pacat panjat kaki. berjalur coklat badannya. Memang besar.

Pic 1
Baru nak mula naik bukit. nie zack dan aie.








Pic 2
Nasir dok tengah buat penanda laluan. Ikat dengan talirapia je. kiri kanan tu bodyguard nasir kot.








Pic 3
Aie dan yus dok berdiri tepi 'bunker lama' lihat.. siap simen tepi kiri dan kanan dinding laluannya yang dipecahkan pecah 2 laluan.










Pic 4
Ini secara close up. Tengok pecah kepada 2 laluan. dalam jugak kan.








Pic 5
Tengok pokok tu macam mengadap ke kiblat je. membongkok je pokok tu dan pastu naik menegak. depan tu semua ajk kembara.








Pic 6
On the Way nak turun. Dah penat naik dan sekarang turun bukit pulak. beratur panjang tu nak turun.








Pic 7
ha... belakang 4 orang kat atas tu la yang paling banyak pacat dlm laluan ke bunker lama tu. besar2 pacatnya.







Pic 8
Akhirnya selamat tiba. Sekarang ni tengah kira berapa banyak dan besar pacat yang melekat kat anggota badan. Aku nasib baik tak ade pacat mengigit. pastu makan tengahari la. lepas mkn kena tukar baju da... kotor dan basah seluar dan baju.

17 Januari 2009

Pattern Making.

Pada bulan disember yang lalu ada kursus separuh masa dijalankan dibengkel foundri. Semua peserta adalah dari pengajar IKBN. Adale dlm 6 orang peserta. Pengajar yang terlibat ramai juga, bergantung modul yang diajar. Termasuklah bos aku sorang nih. dia pun x mau ketinggalan ikut modul aku. Bagus bos.Modul aku yang pertama sekali, PATTERN MAKING. Kirenye ni adalah group kedua yang selain dr lecturer dr politeknik dulu.. Tp itupun dah lama juga. lihat lah gelagat depa ni..

Pic 1
Sedang Marking bendakerja.



Pic 2



Nie la bos aku. Tengah Kusyuk sander benda kerja sampai kena ambik gambar pun tak sedar.
















Pic 3

Selepas melting n pecah mould, tiba masa utk kerja2 finishing.. Masing-masing tgk sapa punya casting yang ade casting defect.
















Pic 4Potong runner dan gate. bersih2 sikit dah jd product.





Pic 5.


Majlis penutup. Timbalan pengarah dan ketua jabatan ada sekali. mc nya.. aku le, bos suruh dan ditambah sokongan majoriti kengkawan pulak. kena juga la.










Pic 6


Wakil Pengajar IKBN Sedang Memberi ucapan sepatah 2 kata.











Pic 7


Tim. Pengarah berucap dan seterusnya menutup kursus ni.. Pastu Program Yang best, Makan tengahari le.










Hmm..Selesai juga kursus ni. dan sebagai tanda hati, peserta tu bawa balik apa yang dah diorang praktik disini, yg mana jadi.. baguslah, yang tidak tu.. kasting berlubang cuba buat sekali.
Dan mungkin selepas ni group ipoh pergi temerloh pula.

16 September 2008

MENJANA PENDAPATAN DI BULUHMAS

MENJANA PENDAPATAN DI BULUHMAS
"BuluhMas menawarkan jawatan promoter sambilan kepada anda dengan pelbagai pakej faedah yang lumayan"

SEBAGAI PROMOTER BULUHMAS MEMPUNYAI 3 TUGAS UTAMA ;

1. Menampal pelekat/ sticker iklan dicermin belakang kereta anda. - Anda tidak dibenarkan menanggalkan pelekat/sticker tersebut selagi anda mempunyai kontrak dengan pihak Buluhmas.

2. Menggunakan produk atau perkhidmatan pelekat/sticker iklan tersebut. - Anda dikehendaki menggunakan produk uang telah diberikan oleh pihak buluhmas.

3. Bercerita tentang pengiklanan. - Anda perlu bercerita tentang produk/perkhidmatan syarikat yang diiklankan kepada orang ramai. untuk tujuan itu juga, anda perlu mencari promoter baru untuk pihak syarikat.
FAEDAH UNTUK PROMOTER.
1. Anda akan dibayar RM1 untuk setiap genap sebulan anda menampal pelekat/sticker dibelakang kereta anda.

2. Setiap ahli promoter baru yang genap sebulan anda siperkenalkan, anda akan dibayar Rm1. Anda akan menerima sehingga level ke 4. Dan setiap level tidak terhad jumlah ahlinya. ini menjadikan pendapatan bulanan anda tidak terhad.

3. Anda akan menerima produk/baucer yang telah ditetapkan oleh pihak buluhmas. Produk/baucer ini berdasarkan pertukaran 15%daripada jumlah pendapatan anda setiap bulan.
JADI.

UPAH - Setiap promoter sambilan diberi upah RM1.00 apabila genap sebulan stiker di kereta atau motosikal.

PENCEN - Upah yg diperolehi akan berterusan setiap bulan sampai bila-bila.

KOS - Setiap promoter junior akan dikenakan RM 15.00 untuk bayaran pengurusan / harga stiker dan setem penghantaran upah (sekali sahaja). Upah RM 2.00 untuk promoter senior.

KIRAAN UPAH - Dikira sehingga generasi ke 4. tiada had jumlah pada tiap-tiap generasi. Setiap promoter dikira upah Rm1.00.

GANTIAN PRODUK - Upah yang menyamai RM10.00 keatas akan ditolak 15% dan digantikan dengan produk yang sama nilai di pasaran.

TEMPOH BERTENANG - 10 hari diambil kira untuk borang permohonan promoter junior sampai ke pejabat buluhmas.
Rm1 sebulan... sikit?... camner nak dpt lebih dari itu..?

OLEH ITU SYARIKAT MEMPERKENALKAN 3 PAKEJ UNTUK SLEEPING PROMOTER

PAKEJ ----------MODAL ------ PENDAPATAN --- TOLAK15% --- PENCEN BULANAN

ANAK SEK ---- *195 ---------- 43 --------------7 ------------------ 36

RAMAJA ------- *1215 ------- 281 -------------43 ------------------238

DEWASA ------ *3615 ------- 841 ----------- 127 ----------------- 714

*(Kiraan dalam RM)

** AHLI BULUHMAS AKAN DITOLAK RM15.00 DISETIAP PAKEJ.

Tambahan Pencen Sekiranya Anda Dan Level Bawahan Anda Menaja Pakej.

Jika Anda Menaja:
Anak Sekolah Dapat RM10 Pencen Tambahan
Remaja Dapat RM61 Pencen Tambahan
Dewasa Dapat Rm181 Pencen Tambahan

Jika Level 2 Anda Menaja:
Anak Sekolah Dapat RM7 Pencen Tambahan
Remaja Dapat RM41 Pencen Tambahan
Dewasa Dapat Rm121 Pencen Tambahan

Jika Level 3 Anda Menaja:
Anak Sekolah Dapat RM4 Pencen Tambahan
Remaja Dapat RM21 Pencen Tambahan
Dewasa Dapat Rm61 Pencen Tambahan

Jika Level 4 Anda Menaja:
Anak Sekolah Dapat RM1 Pencen Tambahan
Remaja Dapat RM1 Pencen Tambahan
Dewasa Dapat Rm1 Pencen Tambahan

Berminat dan ingin penjelasan lebih lanjut..
hubungi saya.. 012 5325653
email: aim_berg@yahoo.com

Website : Buluhmas

12 September 2008

1st Time

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...Akhirnya berjaya jua saya membuat blog sendiri. Setelah memerhati dan mengkaji blog - blog kawan yang sedia ada maka inilah hasilnya. kirenya ini adalah percubaan saya yang pertama sebenarnya. kepada anda semua, sudilah kiranya memberi komen dan apa -apa jua pandangan untuk saya mengindahkan lagi blog ini serta kita dapat kongsi bersama idea dan pandangan.